Wednesday, August 14, 2013

NOKIA LUMIA 1020 LA PULAK

Rasanya satu dunia tahu jenama Nokia kini semakin ketinggalan dengan handphone keluaran Samsung dan juga Apple iaitu iPhone. Tapi sejak dua menjak ni Nokia semakin aggresif menampilkan produk Windows untuk kembali bersaing dengan jenama-jenama lain.


Nokia 1020 kini tampil dengan kamera 41 megapixel. Wallaweiiii...memang super duper maha hebat la. Kalau Samsung S4 yang pakai 16 megapixel oun dah best inikan pula 41 megapixel. Memang mengancam habis ler.

Tapi itu bab kamera. Bagaimana dengan perisian Windows. Hampir 90% masih lagi dikuasai Android dan Apple. Banyak lagi usaha Nokia untuk menghambat takhta yang dulunya milik mereka.

Buat rakyat Malaysia sabar dulu. Nokia 1020 akan dilancarkan di US dahulu pada hujung Ogos 2013. Tak lama lagi sampai Malaysia dan harga dijangka sekitar RM2, 800. Tepuk dada tanya selera.

NAIK BERSAWANG

Salam Lebaran.

Lama gila la aku tak update blog aku yang tak seberapa ini. Nampak gaya dah lari dari target untuk mengejar beribu-ribu Nuffnang. Huhuhu.

Takpe..sempena Aidilfitri ni aku bulatkan tekad untuk kembali beraksi memenuhi ruangan blogging aku ini. Kepada semua pembaca..terima kasih atas kunjungan anda.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...