Monday, March 19, 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2011


Salam,

Lama gila aku meninggalkan jejak aku di blog aku ni. Kesibukan memaksa aku untuk berehat sebentar. Ni apa nak cerita post kali ini. Haaaa, sekolah kebanyakan baru dibuka hari ini selepas cuti penggal pertama selama seminggu. Ni aku nak kongsi sikit mengenai keputusan SPM 2011 yang bakal keluar pada minggu ini 21 Mac 2012. Tak sampai pun 3 hari lagi debaran anak-anak muda ini akan terungkai.

Calon-calon SPM 2011 ini boleh mula mengambil keputusan atau menyemak secara SMS mulai jam 10.00 pagi 21 Mac 2012.



SPM 1994 hampir 20 tahun dah rupanya aku tinggalkan alam persekolahan. Dan kepada semua calon-calon SPM2011, diharap keputusan kali ini bisa merubah masa depan anda. Aku doakan semua berjaya.

Pemberitahuan mengenai keputusan SPM 2011 ini melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia berikut LAMAN RASMI KPM

Wednesday, February 22, 2012

DATUK LEE CHONG WEI | KINI BERSAMA FERRARI F430

Hebat memang hebat. Dengan segala titik peluah diatas gelanggang, beliau kini mampu tersenyum dengan segala kemewahan yang dikecapinya sekarang. Selaku pemain No.1 dunia, apa saja kini mampu dikecapi pemain badminton kebanggaan kita Datuk Lee Chong Wei.

Dulu dengan Nissan GTR, BMW Coupe, kini lebih sejak dengan Ferrari F430 yang pasti lebih laju dan pantas,. Harap aksi beliau akan sepantas Ferrari putih miliknya kini.







Monday, February 20, 2012

KWSP BAYAR DIVIDEN 6% 2011 | TERIMA KASIH

Alhamdulillah, KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) mengumumkan dividen yg tertinggi sejak 10 tahun iaitu sebanyak 6% berbanding 5.8% pada tahun 2010 dan 5.65% pada 2009. Harap-harap untuk tahun-tahun akan datang dividen ni biarlah meningkat, jangan pulak ada penurunan. Sekurang-kurangnya kita sebagai penyimpan dapat juga laba dari hasil yang dikutip dari KWSP ini pada setiap tahun.


sumber dari bharian.com.my
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DividenKWSP2011enamperatus/Article


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam mengumumkan kadar dividen enam peratus untuk 8.3 juta pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir 2011, iaitu tertinggi dalam tempoh 10 tahun.
KWSP membayar dividen 5.8 peratus pada 2010 dan 5.65 peratus pada 2009.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman, berkata dividen lebih tinggi dibayar berikutan pencapaian lebih baik KWSP pada 2011 dengan memperoleh pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion, meningkat 13.18 peratus daripada 2010.
Beliau berkata, bayaran keseluruhan dividen bagi 2011 adalah sebanyak RM24.27 bilion berbanding RM21.61 bilion pada 2010, iaitu peningkatan 13.23 peratus.
Katanya, 2011 menandakan pencapaian baik bagi KWSP, walaupun dalam persekitaran pelaburan yang sangat mencabar.
“Sementara pelaburan berpendapatan tetap memberikan pulangan yang stabil, prestasi keseluruhan KWSP, sebahagian besarnya disumbangkan oleh perolehan dalam kedua-dua ekuiti tersenarai awam domestik dan global, serta program pengurusan yang aktif.
“Ia adalah prestasi terbaik sejak 2001, hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP serta dengan usaha berterusan pasukan pelaburan KWSP,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Berdasarkan laporan sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah diumumkan oleh kumpulan itu ialah sebanyak 8.5 peratus yang dibayar kepada pencarum pada 1983 sehingga 1987......

Thursday, February 16, 2012

PRU13 | PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL

13 Feb 2012, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mewartakan pengunnan dakwat kekal pada pilihanraya umum mulai pilihanraya umum yang akan datang PRU13 yang dijangkakan pada tahun ini.  Kekal ker tak kekal ker kalau nak menang atau kalah, ada kene mengena ker semua ni...so marilah mengundi, tapi sebelum mengundi, sudahkan anda mendaftar.


dari Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 16 Feb. - Penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum berkuat kuasa hari ini setelah diwartakan pada 13 Feb lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Beliau berkata, SPR kini membuat perancangan untuk menggunakan dakwat kekal itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), bagaimanapun masih belum membuat pesanan untuk membelinya kerana dakwat ini hanya boleh digunakan dalam tempoh tiga bulan sahaja.
"Dakwat ini tidak boleh dipesan awal kerana boleh tahan tiga bulan, dan kekalnya akan hilang. Oleh itu SPR belum ‘order’ lagi,” katanya semasa diwawancara oleh hos Suhaimi Mohammad dalam program “Dialog” yang bertajuk “Daftar dan Undi" yang disiarkan secara langsung oleh RTM1 di sini malam semalam.
"Untuk ‘order’ (dakwat kekal) tidak lama, dua minggu sahaja. Maknanya dari segi persediaan kita dari segi kotak, botol, penutup botol, sudah dalam proses,” kata Abdul Aziz.
Beliau berkata, dakwat itu akan dipesan sebaik pembubaran Parlimen diumumkan. 

ROBERT KUOK MASIH UNGGULI CARTA ORANG PALING KAYA DI MALAYSIA

Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang Malaysia paling kaya, dengan aset bernilai RM45.7 bilion, walaupun kekayaannya susut 8.0 peratus, diikuti T Ananda Krishnan dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank.

Robert Kuok

Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala usahawan bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, di tempat kelima, demikian menurut laporan Malaysian Business mengenai 40 rakyat Malaysia paling kaya.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion. Malaysian Business berkata aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu adalah berasaskan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian sehingga 20 Januari 2012.

Individu lain yang termasuk didalam senarai 20 terkaya di Malaysia adalah seperti Datuk Lee Yeow Chor and Lee Yeow Seng of IOI Group, Datuk Seri Lee Oi Hian and Datuk Lee Hau Hian of Batu Kawan, Tan Sri Yeoh Tiong Lay of YTL Group, Tan Sri Lau Cho Kun of Hap Seng Consolidated, Datuk Mokhzani Mahathir of Kencana Petroleum and Tan Sri Jeffrey Cheah of Sunway Group.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...