Tuesday, November 29, 2011

PERCUTIAN HUJUNG MINGGU | KALUMPANG RESORT | AIR TERJUN KALUMPANG

Salam 1 Malaysia.

Selamat bertemu kembali selepas bercuti agak panjang sikit hujung minggu ini. Tak lupa gak Salam Awal Muharam untuk semua umat-umat Islam seantero dunia. Apa den nak cerita pagi-pagi ni ek. Ooooo, kesian kat skuad Harimau Muda kita selepas tewas mengejut kepada Bahrain 2-3 selepas mendahului agak selesa 2-0 sehingga minit ke 70. Dalam masa 10 minit jerk harapan seluruh rakyat Malaysia berkecai. Suratkhabar Kosmo semalam baik punya menghentam Harimau Muda memalukan negara. Apa yang aku nak malu, dan rasanya penulis tu tak tengok bola kut, main tulis sampai tak pakai otak. Dah la malas la nak cerita pasal bola.

Aku nak sambung balik apa aktiviti aku hujung minggu baru ni. Kan dan plan nak pergi jalan-jalan bersama keluarga untuk beriada. Lokasi aku kali ini adalah...jeng jeng jeng


Yaaaa... KALUMPANG RESORT. Kat mana ni?...AIR TERJUN KALUMPANG...mmmmm

Kalumpang Resort ni kalau ikut alamat dia terletak di dalam daerah Kualu Kubu Bharu, betul-betul disempadan Selangor dan Perak. Kawasan ni betul-betul terletak dikaki banjaran Titiwangsa. Percaturan aku menjadi dengan malam sebelum tu tak hujan maknanya boleh la mandiiii. Aku bertolak dari Shah Alam sekitar pukul 8 pagi menyusuri lebuhraya Plus menuju ker utara. Perjalan pagi itu sangat relak dengan kuantiti kenderaan agak sederhana.

Untuk lebih memudahkan perjalanan aku mengambil exit Tanjung Malim dan terus menyusuri peta yang aku dah siap print malam tu. Dekat dan senang jer nak tuju lokasi Kalumpang Resort ni. Sampai di Kalumpang Resort ni sekitar jam 9.40 pagi dan kelihatan masih lengang lagi hanya kelihatan bas dari ASWARA. Mungkin ada training bebudak ASWARA ni. Nak masuk resort ni kene bayar RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Berbaloi ker...

Aku pun terus booking satu wakaf yang berhampiran betul-betul tepi sungai kang senang nak mandi dan awasi anak-anak aku mandi sama. Sewa wakap RM30 dan pada aku dengan harga RM30 serta kebersihan wakaf dan strukturnya aku amat-amat berpuas hati (ni aku compare ngan Ulu Langat yang mana wakaf agak uzur dan kurang bersih). Dah sampai dan letak semua barang-barang apa lagi mandi laaa....oppsss...sebelum mandi kita breakfast dulu. Jauh perjalananan ni nak mandi kena la pekena sarapan dulu. Wife aku dah siapkan dari rumah menu Nasi Lemak bersama Rendang Ayam, Roti Sandwich danjuga Karipap. Kalau beli ni semua mau kopak lagi RM50. Tapi masak sendiri lagi sedap dan puas hati.




Nak mandi kolam pun boleh

Bila perut dah kenyang apa lagi...MANDIIIIII....kawasan mandi memang bersih dan sangat dijaga dengan rapi. Pagi tu lokasi air terjun masih lagi lengang. Mungkin disebabkan nak masuk pun kena bayar tu yang orang tak mau masuk. Ni kalau pergi Ulu Langat mau pack dengan manusia lagi-lagi waktu cuti macam ni. BIla masuk air...perggghhh sejuk gile air sungai Kalumpang ni. memang menggigil dibuatnya. Tapi demi nak mandi punya pasal sejuk pun sodap.

Disebakan sampai pun awal pagi menjelang pukul 1 tengahari semua pun dan penat. Sambil-sambil berehat tu semua melantak snek-snek yang kitorang bawa gak. Sekitar pukul 2 petang kami mula kemas-kemas dan pengunjung dah mulai ramai. Sebab kat resort ni banyak rumah rehat dan check -in mulai pukul 2 petang tu yang manusia mula ramai dah. Dalam 2.30 kami mula meninggalkan Kalmupang Resort. Secara keseluruhan aku bagi 4.2 bintang dari 5 bintang. Sangat-sangat berpuas hati dan pasti aku akan datang lagi.

Durian

Dalam perjalanan keluar dari resort kiri kanan penuh dengan pokok buah-buahan tempatan iaitu DURIAN. RM3.50 sekilo. Perrrgghhh tak pikir panjang aku rembat 7 kilo dapat la dalam 6 biji. Lantak la biar berbau satu kereta janji murah.

Untuk korang yang inginkan percutian didalam hutan. Aku boleh cadangkan ini satu lokasi yang patut diberikan perhatian. Aku pasti akan datang lagi maybe boleh menginap diresort ini.

Friday, November 25, 2011

BERCUTI HUJUNG MINGGU

Selamat bertemu kembali, entri kali ni mengenai CUTI HUJUNG MINGGU.

Memandangkan cuti agak panjang sikit pada hujung minggu ini aku dari minggu lepas lagi penat duk pikiaq penat dok google mencari lokasi atau port menarik untuk bersuka ria dengan family. Ye la anak-anak pun setahun sudah berlalu derang bersekolah. Penat lelah kena la di balas dengan aktiviti riadah. Aku ni pun asyik dengan kerja jer ini lah peluang terbaik untuk beramah mesra dan berehat bersama keluarga.

Aktiviti kali ini aku tak plan nak gi jauh-jauh dan mungkin akan berada disekitar negeri Selangor sahaja. Banyak dah masuk dalam list ni. Untuk tahu apa aktiviti dan lokasi menarik yang bakal aku tujui. jangan lupa baca entri aku yang akan datang.

Selamat bercuti.

AWAL MUHARRAM ...KINI TIBA LAGI

Salam 1 Malaysia,

Hari ini 25.11.2011. Hujung minggu ini kebanyakan rakyat Malaysia iaitu termasuk aku akan menikmati cuti hujung minggu extra hari Isnin iaitu cuti ganti sempena 1 Muharram aka Awal Muharram. aka Maal Hijrah.

Memula aku nak cerita pasal Awal Muharram. Dah nama pun AWAL mestilah ianya YANG PERTAMA sekali didalam kalendar ISLAM. MUHARAM iti maksudnya "diharamkan atau dipantangkan" iaitu ALLAH SWT melarang berlakunya peperangan serta pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Surah al Baqarah : 91)


Apa yang menarik untuk kita dan juga aku sebagai umat Islam:

1. Berpuasa di Awal Muharram
Ada satu hadith iaitu Hadith Riwayat Muslim ada menyebut
"seutama-utama (afdal) berpuasa selepas bulan Ramadhan ialah (berpuasa di bulan) Muharam ..."

Para-para ulama marumuskan serta menganjurkan kita berpuasa pada 9,10 dan juga 11 Muharam.

Maknyanya disini berpuasa dibulan Muharam adalah SUNAT.

2. Tidak dikhususkan amalan soleh di dalam bulan Muharram
Didalam Islam itu sendiri ada menyuruh serta mengajar kita melakukan amalan soleh serta meninggalkan dosa pada setiap hari.

3. Muharram juga dipanggil bulan Syahrullah iaitu BULAN ALLAH
Hebat bulan Muharram ini sehingga dipanggil bulan Allah sedangkan tidak pada bulan-bulan Islam yang lain. Ibn' Allan menyatakan bahawa Ibnul Jauzi ada menyebut nama-nama bukan Islam dengan nama-nama yang digunakan oleh masyarakat Jahilliyah. Manakala disebut jua bulan Allah kerana didalam bulan Muharam adalah hari yang disebut HARI ASYURA iaitu hari kesepuluh dari bulan Maharram yang mempunyai kelebihan istimewa disebalik sejarah dan amalan berpuasa.

4. Wajibkan membaca doa akhir dan awal tahun


Terima kasih kepada WEB ni



Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Thursday, November 24, 2011

LAGU TERBAIK AIM18 JATUH KEPADA...

sampaikan lagu-lagu favourite seperti Sedetik Lebih (Anuar Zain) kecundang. Dengan berbaju merah dan hitam serta penuh kebanggan dia berucap malam tu sambil pegang trogi.


Tapi ini merupakan skrip awal pada malam AIM18. Tapi semalam lain pulak jalan ceritanya. Juri boleh la pulak silap kira. Apa punya juri la ni. Kemenangan Yuna malam tersebut telah ditarik balik. Kesian betul dengan Yuna ni. Tapi dengar-dengar cerita graduan Undang-undang UiTM ni tak mau panjang cerita sampai nak ambil tindakan undang-undang dan beliau redha dengan apa yang terjadi.

So meh aku lak nak bagi sedas kat AIM & RIM ni. Apa punya bangang la sampai kes juri boleh salah kira. Tak ambil Matematik ker diorang ni. Zaman dah canggih pun boleh salah kira. Yang aku hairan kenapa sekarang ni event-event macam ni dah tak pakai juru audit bertauliah. Tak silap aku zaman-zaman dulu Juara Lagu tahun 80an dan 90an bila umum jer siap cakap keputusan selepas diaudit oleh juruaudit bertauliah (etc Pricewaterhouse, Earnst & Young dan macam-macam lagi) bagi megelakkan segala keraguan berbangkit. Ker zaman makin maju semua kena berubah.

Kes macam ni sepatutnya tak bolehlah berlaku. Pada aku kalau dah salah kira sekalipun biarlah Yuna tu simpan trofi tu dan kesilapan yang jadi tu dijadikan panduan supaya ianya tidak berulang dikemudian hari.

Kepada RIM, keputusan lain dah counter check belum mana tahu ada silap lagi.

P/S: Khabarnya Sedetik Lebih yang menang dalam kiraan undi semula...wahahahaha

SEKSYEN 15 AUKU AKAN DIPINDA

Tengah takde kerja ni aku gi le baca headline Berita Harian sekang ni. Datuk Seri Najib nak pinda Akta 15 AUKU.

Haaaa...apa Akta 15 AUKU ni. Meh kalau aku boleh kongsi sikit-sikit pasal Akta AUKU ni ker. AUKU ni maknanya Akta Universiti & Kolej Universiti yang digubal oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1971. Akta ni adalah dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang mana segala apa yang mengenai penubuhan ker pentadbiran ker kena la rujuk kat Akta ni.


Apa yang menarik tentang Akta ni adalah salah satunya menghalang pelajar-pelajar bagi melibatkan diri dalam hal-hal politik Malaysia. Kan ke bagus tu. Dah nama pun pelajar apa kejadahnya nak sibuk-sibuk main politik-politik ni. Belajar pun ditanggung lagi mau main politik. Cukup-cukup ler politik kat Ahli Majlis atau Jawatankuasa Universiti sudah laaa. Kang tak pasal-pasal Ijazah kemana politik kemana.

Apa agenda Datuk Seri Najib sebenarnya yang mana menurut beliau di persidangan Dewan Rakyat pagi tadi (24.11.2011) yang mana beliau akan mengusulkan supaya pelajar-pelajar akan diberikan hak untuk bermain politik asalkan berumur 21 tahun keatas. Pada aku.....orang tua ni dah nyanyuk apa. Aku tahu ramai yang lagi suka kalau Akta ini dipinda dan bolehlah pelajar-pelajar ini bebas diluar sana untuk beraksi dipentas politik.

Dari aku, selamat maju jaya untuk semua pelajar-pelajar sekelian. Belajar dahulu baru berpolitik. Tak gitu..

MISI MENGEJAR BERIBU-RIBU NUFFNANG

Misi mengejar beribu-ribu NUFFNANG aku memulakan langkah pertama. Semalam aku telah berjaya meng'edit' belog aku ni untuk di tambah dan diserikan dengan iklan-iklan dari NUFFNANG. Diharap semalam adalah hari yang terbaik untuk belog aku ni memulakan langkah kanannya dalam misi mengejar NUFFNANG.


Untuk Encik NUFFNANG, aku akan sentiasa berusaha untuk memastikan iklan-iklan ko akan sentiasa melekat dibelog aku yang baru nerusia tak sampai pun lagi setahun jagung.

Selamat maju jaya untuk BELOG aku ini.

KARAMNYA TITANIC...

Tewas jugak Harimau Muda malam tadi. Kesian gak aku tengok budak-budak kita totally kalah dengan fizikal derang yang besar-besar bagak haaa. Takpalah aku pun tak kisah sangat kalah game tu. Syria sampai Malaysia hari Sabtu lepas dan Harimau Muda main 120 minit plus sampai tanah air hari Selasa pagi. Dah macam kita main game away pulak. Tahniah jugak la pada lebih kurang 20,000 penonton yang hadir memberi semangat tak henti-henti.

Ehh...aku bukan nak cerita pasal bola ni. Aku nak cerita pasal satu cerita ni. 1997 Fenomena filem TITANIC lakonan mantap Leonardo Di Caprio dan Kate Winslet. Siapa yang tak layan filem ni masa tahun tu memang rugi la (ye ke). Tak lupa jugak soundtrack yang meletup gile seantero dunia My Heart Will Go On nyanyian Celine Dion yang menghiasi cinta jiwang gile ini.


Apsal aku tetiba nak cerita pasal TITANIC ni. Ye la malam tadi lepas game Malaysia Syria tengah-tengah mencari cerita nak aku layan ASTRO Channel 131 ada TITANIC pukul 11.00 malam. 3 jam pun 3 jam la aku nak layan gak. Binik aku pun sibuk ngan fesbuk dia layan sambil-sambil jerk. Dah hampir 15 tahun rupanya dari memula aku layan cerita ni masa aku belajar di Terengganu dulu. Kalau dulu layan VCD cetak rompak je la. Mana la ada panggung wayang melainkan panggung wayang bumbung zink kat pekan tempat aku belajar dulu tu ha. Nak ke Kuantan tak kuasa la aku.


Pukul 2 pagi cerita ni habis malam tadi walupun dihujung-hujung cerita mata aku dah separuh terkatup.

Tahun 2012 dikatakan TITANIC 2012 akan muncul lagi kali ni dengan 3D. Seronok jugak la terus dengan pantas aku mencari trailer. Boleh la lepas ni tengok ais berg seketul keluar kat skrin tu kang. Tarikh nak tayang sekitar bulan April 2012. Jack is back...jangan lupa pada peminat-peminat filem hebat Titanic ini.

Wednesday, November 23, 2011

UNTUKMU HARIMAU MUDA

Malam ni seperti yang 1 MALAYSIA maklum pasukan Harimau Muda akan turun lagi beraksi menentang Syria dalam Pra Olimpik London 2012. Sebagai tanda sokongan aku kepada team Harimau Muda terimalah lagu ini untuk anda. Teruskan kehebatan dan aku doakan korang berjaya...

SELAMANYA - ULTRAS MALAYA feat Altimet, Joe Flitzzow & Carleed Khaza


selamanya, selamanya,selamanya,
harimau malaya!
selamanya, selamanya,selamanya,
sokong Malaysia!
hey le le le le le le la
oohh, oohh
hey le le le le le la
Aaahh, aaahh
harimau malaya
harimau malaya
harimau malaya
harimau malaya
hey le le le le le le la
oohh, oohh
hey le le le le le la
inilah tanah tumpahnya darahku
negara pasukan biarlah hanya satu
harimau kami berlari laju,
belang nak tertanggal dari baju
harimau kami cekap gelecek
pertahanan lawan tumbang sederet
bila turun padang berumahkan gelanggang,
kalau berani mari bersandang
selamanya, selamanya,selamanya,
harimau malaya!
selamanya, selamanya,selamanya,
sokong Malaysia!
hey le le le le le le la
oohh, oohh
hey le le le le le la
Aaahh, aaahh
harimau malaya
harimau malaya
semua berlari hingga tiada keringat,
gol pertama untuk negara
kedua untuk pingat
bila atas padang main tak ingat,
tiap hantaran kemas
tiap gerak ligat
pernahkah ada harimau yang jinak
jawapannya tidak
semestinya lincah
penyokong ke stadium beranak-pinak
untukmu Malaysia kami ceria
selamanya, selamanya,selamanya,
harimau malaya!
selamanya, selamanya,selamanya,
sokong Malaysia!
hey le le le le le le la
oohh, oohh
hey le le le le le la
Aaahh, aaahh
harimau malaya
harimau malaya
hey, nari kita, semangat
hitam kuning terpahat
mari kita berjuang,
tempur berperang di padang
sekali lagi, maju lagi,
serang lagi, gagah berani sebati
tidak gentar
tenang, dengar sorakan gemilang,
harimau malaya pasti menang!
selamanya, selamanya,selamanya,
harimau malaya!
selamanya, selamanya,selamanya,
sokong Malaysia!
hey le le le le le le la
oohh, oohh
hey le le le le le la
Aaahh, aaahh
harimau malaya
harimau malaya

Teruskan sokongan anda untuk mereka....

AKU DAPAT ILMU


Dalam aku tengah menggoogle-google teknik-teknik serta adab sopan dalam dunia belogging ni aku terjumpa salah satu teknik mempopularkan belog aku ni. Teknik apa itu datuk harimau. Iyaaaa... Butang LIKE Facebook.


MACAM MANA NAK ADD BUTTON LIKE FACEBOOK DI BLOG ANDA

Thanks pada BLOG INI

Gila la semua orang ada muka buku ni. Dari anak aku yang umur 7 tahun tu pun main muka buku. Tapi aku tak kasi dia main selalu cuma weekend-weekend je la. Semua mesti under control sebab masih lagi under age.

So aku pun mencuba langkah-langkah ini

LANGKAH 1:

Log in dashboard > Design > Html > Expand Widget Template

LANGKAH 2:
Sebelum nak tukar apa-apa kat Template ni sebagai langkah keselamatan SAVE dulu template asal ni.

LANGKAH 3:
Taip Ctrl + F atau tekan F3 dan cari kod ini

data:post.body atau <data:post.body/>

LANGKAH 4:
copy code ni dan pastekan di BAWAH code di langkah 3 tadi :

<iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=530&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Sonang yo...siap dah...tp click preview dulu tengok kalau tak de error boleh la SAVE. Dan aku bersedia menikmati laba dari widget ini.

Ni la hasilnya..

HUJAN YANG TURUN....

Salam.

Sekarang ni musim hujan kan. Aku hari-hari pergi kerja balik kerja lain tak bukan dengan jasa Honda Wave 0.1 aku tu je la. Hujan ker tak hujan tetap kuredah jua demi mencari rezeki untuk aku sekeluarga. Bukan tak mau naik kereta tapi sendiri mau ingat la duduk kota metropolitan Lembah Kelang ni semua benda kena ambil kira. Bukan setakat wang ringgit tetapi masa itu juga penting kan masa itu emas. Kalau dah emas tu confirm la mahal harganya. Dah la harga emas sekarang tinggi gila. Rugi rasanya aku tak kelung binik aku ngan emas banyak-banyak dulu kalau tak boleh lebur sikit-sikit time sesak-sesak.


Eh lari topik ni. Hujan. Kekadang memang kesian kalau tengok penunggang-penunggang motorsikal macam aku ni disekitar Kuala Lumpur ni lagi-lagi waktu hujan. Kalau yang kes meredah tu satu hal la dengan struktur jalan yang kadang-kadang air bertakung. Dalam syok-syok tengah merempit redah lak air bertakung, perrrghhh bergoyang-goyang motor, kalau terrer macam aku ni alhamdulillah la nasib baik tak tersungkur. Ni dengan geng-geng yang suka berteduh ni. Ni la kerajaan kena la prihatin sikit dalam bab-bab ni. Aku selaku rakyat, pembayar cukai serta pengguna jalan raya yang bayar road tax teringin jugak nak dapat kawasan berteduh yang best-best. Ni tak duk bawah jambatan jerk.Kalau dah pack kang jadik la macam ni haaa...

Malang tu mana ada bau...

So renung-renungkan laaa...aku malas nak cakap lagi. Kepada penunggang-penunggang motorsikal seluruh Malaysia berhati-hatilah dijalan raya.

Tuesday, November 22, 2011

MALAYSIA BUMIKU BERTUAH

MALAYSIA menang pingat emas bolasepak Sukan Sea ke26.

Gile la sapa yang tak tengok bola malam tadi. Biarpun yang distadium (tahniah..anda juga seorang pejuang), di rumah, dikedai mamak, didepan pc (streaming) tak kira la dimana saja anda berada (ewah mcm Ras Adiba Radzi lak)..aktiviti utama hampir seluruh rakyat Malaysia adalah tengok Final Sukan Sea Bolasepak. Malam tadi juga lak menjadi saksi bagaimana kaptem Malaysia Badrol Bakhtiar menyepak masuk gol emas negara dalam penentuan sepakan penalti. Tapi tak aci ler dia je dapat pujian. Semua aku puji dari keeper sampai ler yang korang semua keji Fakri Sharaani...hahah kesian mamat ni tapi dia lah yang membawa kita masuk final weiii...TAHNIAH HARIMAU MUDA


Tapi dalam keseronokan kita tengok bola aku kesian tengok warga Indonesia ni yang kununnya fanatik BANGET la sampai ada 2 orang yang mati dek kerana sesak-sesak nak tengok bola dan ramai jugak yang pengsan. nauzubillah. Tapi aku rasa penonton kat Malaysia ni pun ramai gak fanatik gak tapi Alhamdulillah semua masih lagi terkawal. Malaysia lawan liverpool hari tu pun ramai gile sebab aku pun pergi tapi semua disiplin tinggi..TAHNIAH la rakyat Malaysia.

Esok Harimau Muda ni AUMMMMM...nak gi baham Syria lak. Nak panggil apa ek team Syria ni.....

SELAMAT DATANG KE DUNIA BELOG

Salam...ini entri pertama aku dalam belog aku ni Nak Belogging Jugak!!!!...

Kenapa aku nak belogging...terus terang aku nak duit nuffnang banyak-banyak...hahah...gile laa...mana la tak gile baca entri orang boleh buat duit dari Nuffnang sampai beribu-ribu ringgit..Silap-silap haribulan boleh jadi fulltime blogger aku ni kang...gantung scroll degree aku atau simpan jerk dalam holder tu elok...


Dunia dah semakin canggih...la ni semua orang dah usung TAB itu TAB ini cuma aku ni jerk masih lagi setia dengan Nokia cabuk ni haaaa...untung-untung Nuffnang aku meletup boleh la tukar TAB macam korang-korang ni...Nuffnang lagik..

Sharing maklumat dah semakin mudah so medium terbaik melalui internet adalah menjadi kemestian pada dunia hari ini...so aku pun taknak lah dikatakan ketinggalan belakang so aku pun nak jadik macam korang ni berblogging la...biar sampai demam laaaa...

Apa-apa pun selamat datang pada korang yang sudi datang blog bengong aku ni...dan selamat berbelogging jugaklah untuk  aku...

22.11.2012 ...belog aku lahir,...yahoooo..it's baby boy....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...