Friday, November 25, 2011

AWAL MUHARRAM ...KINI TIBA LAGI

Salam 1 Malaysia,

Hari ini 25.11.2011. Hujung minggu ini kebanyakan rakyat Malaysia iaitu termasuk aku akan menikmati cuti hujung minggu extra hari Isnin iaitu cuti ganti sempena 1 Muharram aka Awal Muharram. aka Maal Hijrah.

Memula aku nak cerita pasal Awal Muharram. Dah nama pun AWAL mestilah ianya YANG PERTAMA sekali didalam kalendar ISLAM. MUHARAM iti maksudnya "diharamkan atau dipantangkan" iaitu ALLAH SWT melarang berlakunya peperangan serta pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Surah al Baqarah : 91)


Apa yang menarik untuk kita dan juga aku sebagai umat Islam:

1. Berpuasa di Awal Muharram
Ada satu hadith iaitu Hadith Riwayat Muslim ada menyebut
"seutama-utama (afdal) berpuasa selepas bulan Ramadhan ialah (berpuasa di bulan) Muharam ..."

Para-para ulama marumuskan serta menganjurkan kita berpuasa pada 9,10 dan juga 11 Muharam.

Maknyanya disini berpuasa dibulan Muharam adalah SUNAT.

2. Tidak dikhususkan amalan soleh di dalam bulan Muharram
Didalam Islam itu sendiri ada menyuruh serta mengajar kita melakukan amalan soleh serta meninggalkan dosa pada setiap hari.

3. Muharram juga dipanggil bulan Syahrullah iaitu BULAN ALLAH
Hebat bulan Muharram ini sehingga dipanggil bulan Allah sedangkan tidak pada bulan-bulan Islam yang lain. Ibn' Allan menyatakan bahawa Ibnul Jauzi ada menyebut nama-nama bukan Islam dengan nama-nama yang digunakan oleh masyarakat Jahilliyah. Manakala disebut jua bulan Allah kerana didalam bulan Muharam adalah hari yang disebut HARI ASYURA iaitu hari kesepuluh dari bulan Maharram yang mempunyai kelebihan istimewa disebalik sejarah dan amalan berpuasa.

4. Wajibkan membaca doa akhir dan awal tahun


Terima kasih kepada WEB ni



Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

2 comments:

  1. nak naikkan hits, letak widget busuk di blog anda. selamat berblogging. :D

    ReplyDelete
  2. arrayah.info - Umat Islam semakin tidak mengerti Hakikat Hijrah Rasulullah SAW

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...