Tuesday, November 29, 2011

PERCUTIAN HUJUNG MINGGU | KALUMPANG RESORT | AIR TERJUN KALUMPANG

Salam 1 Malaysia.

Selamat bertemu kembali selepas bercuti agak panjang sikit hujung minggu ini. Tak lupa gak Salam Awal Muharam untuk semua umat-umat Islam seantero dunia. Apa den nak cerita pagi-pagi ni ek. Ooooo, kesian kat skuad Harimau Muda kita selepas tewas mengejut kepada Bahrain 2-3 selepas mendahului agak selesa 2-0 sehingga minit ke 70. Dalam masa 10 minit jerk harapan seluruh rakyat Malaysia berkecai. Suratkhabar Kosmo semalam baik punya menghentam Harimau Muda memalukan negara. Apa yang aku nak malu, dan rasanya penulis tu tak tengok bola kut, main tulis sampai tak pakai otak. Dah la malas la nak cerita pasal bola.

Aku nak sambung balik apa aktiviti aku hujung minggu baru ni. Kan dan plan nak pergi jalan-jalan bersama keluarga untuk beriada. Lokasi aku kali ini adalah...jeng jeng jeng


Yaaaa... KALUMPANG RESORT. Kat mana ni?...AIR TERJUN KALUMPANG...mmmmm

Kalumpang Resort ni kalau ikut alamat dia terletak di dalam daerah Kualu Kubu Bharu, betul-betul disempadan Selangor dan Perak. Kawasan ni betul-betul terletak dikaki banjaran Titiwangsa. Percaturan aku menjadi dengan malam sebelum tu tak hujan maknanya boleh la mandiiii. Aku bertolak dari Shah Alam sekitar pukul 8 pagi menyusuri lebuhraya Plus menuju ker utara. Perjalan pagi itu sangat relak dengan kuantiti kenderaan agak sederhana.

Untuk lebih memudahkan perjalanan aku mengambil exit Tanjung Malim dan terus menyusuri peta yang aku dah siap print malam tu. Dekat dan senang jer nak tuju lokasi Kalumpang Resort ni. Sampai di Kalumpang Resort ni sekitar jam 9.40 pagi dan kelihatan masih lengang lagi hanya kelihatan bas dari ASWARA. Mungkin ada training bebudak ASWARA ni. Nak masuk resort ni kene bayar RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Berbaloi ker...

Aku pun terus booking satu wakaf yang berhampiran betul-betul tepi sungai kang senang nak mandi dan awasi anak-anak aku mandi sama. Sewa wakap RM30 dan pada aku dengan harga RM30 serta kebersihan wakaf dan strukturnya aku amat-amat berpuas hati (ni aku compare ngan Ulu Langat yang mana wakaf agak uzur dan kurang bersih). Dah sampai dan letak semua barang-barang apa lagi mandi laaa....oppsss...sebelum mandi kita breakfast dulu. Jauh perjalananan ni nak mandi kena la pekena sarapan dulu. Wife aku dah siapkan dari rumah menu Nasi Lemak bersama Rendang Ayam, Roti Sandwich danjuga Karipap. Kalau beli ni semua mau kopak lagi RM50. Tapi masak sendiri lagi sedap dan puas hati.




Nak mandi kolam pun boleh

Bila perut dah kenyang apa lagi...MANDIIIIII....kawasan mandi memang bersih dan sangat dijaga dengan rapi. Pagi tu lokasi air terjun masih lagi lengang. Mungkin disebabkan nak masuk pun kena bayar tu yang orang tak mau masuk. Ni kalau pergi Ulu Langat mau pack dengan manusia lagi-lagi waktu cuti macam ni. BIla masuk air...perggghhh sejuk gile air sungai Kalumpang ni. memang menggigil dibuatnya. Tapi demi nak mandi punya pasal sejuk pun sodap.

Disebakan sampai pun awal pagi menjelang pukul 1 tengahari semua pun dan penat. Sambil-sambil berehat tu semua melantak snek-snek yang kitorang bawa gak. Sekitar pukul 2 petang kami mula kemas-kemas dan pengunjung dah mulai ramai. Sebab kat resort ni banyak rumah rehat dan check -in mulai pukul 2 petang tu yang manusia mula ramai dah. Dalam 2.30 kami mula meninggalkan Kalmupang Resort. Secara keseluruhan aku bagi 4.2 bintang dari 5 bintang. Sangat-sangat berpuas hati dan pasti aku akan datang lagi.

Durian

Dalam perjalanan keluar dari resort kiri kanan penuh dengan pokok buah-buahan tempatan iaitu DURIAN. RM3.50 sekilo. Perrrgghhh tak pikir panjang aku rembat 7 kilo dapat la dalam 6 biji. Lantak la biar berbau satu kereta janji murah.

Untuk korang yang inginkan percutian didalam hutan. Aku boleh cadangkan ini satu lokasi yang patut diberikan perhatian. Aku pasti akan datang lagi maybe boleh menginap diresort ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...