Tuesday, December 20, 2011

SEKOLAH MASIH LAGI CUTI...

Salam,

Perrrgghhh lama gile aku tak update belog aku ini. Boleh terjejas misi mengejar beribu-ribu Nuffnang la kalau macam ni. Takpa-takpa, semangat perjuangan harmoni mesti aku teruskan. Aisey siap lirik XPDC lagi aku cilok sini.

Cuti sekolah masih lagi panjang tapi seperti biasa ler dekat hujung-hujung cuti sekolah nak habis ni kalau pergi pasar raya, pasar borong dan apa jua jenis pasar kecuali pasar ikan semua kategori pasar-pasar ni sedang aktif dengan jualan cuti sekolah. Aku pun tak terkecuali la nak berbelanja untuk anak-anak nak masuk sekolah tahun 2012 nanti. Terlebih dahulu ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia atas sumbangan RM100 untuk setiap anak yang bersekolah. Nampak jer jumlah tu kecil tapi sedikit sebanyak dapat lah membantu serba sedikit dalam membeli persiapan untuk anak-anak.

Tahun 2012 nanti, seorang lagi hero aku akan menjengah kealam persekolahan sebenar selepas sebelum ini bergelumang dalam kancah pendidikan persediaan atau tadika atau pra-sekolah. Tahun demi tahun cabaran sebagai seorang ketua keluarga atau BAPA akan bertambah. Bukan sahaja cabaran untuk menampung perbelanjaan isi rumah tapi cabaran untuk menjawab soalan-soalan cepumas dari seorang insan bertuah yang dipanggil ANAK.

Waktu dah bersekolah ini lah mereka akan terdedah kepada dunia luar yang semakin mencabar. Pengetahuan mereka semakin berkembang dan lagi banyak yang mereka ingin tahu apa yang wujud dalam DUNIA SEBENAR ini. Kalau salah dijawabnya akan memberi kesan kepada pembesaran pemikiran seorang kanak-kanak.

Ucapan tahniah juga kepada anak sulong aku yang berjaya menamatkan darjah 1 tahun 2011 ini dengan keputusan yang sangat membanggakan. Harap-harap prestasi ini dapat diteruskan dan mudah-mudahan impian aku melihat anak-anak aku lebih berjaya dari aku akan tercapai. AMIN...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...