Thursday, December 22, 2011

KEPUTUSAN PMR 2011


Tahniah kepada yang berjaya, dan kepada yang kurang berjaya SPM menanti anda. Seramai 34,271 pelajar dari 441,137 yang mengambil peperiksaan PMR tahuin 2011 mendapat semua A dalam matapelajaran dan ini merupakan pencapaian terbaik sejak 4 tahun lalu.

Berikut adalah statistik pencapaian tahun 2011.







Sumber rasmi : http://buletinkpm.blogspot.com/2011/12/analisis-keputusan-penilaian-menengah.html

Tuesday, December 20, 2011

SEMAKAN SMS KEPUTUSAN PMR 2011 | MYSMS 15888

Lusa, 22 Disember 2011 satu lagi tarikh bersejarah dalam kancah pendidikan negara. Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2011 akan dimumkan. Kepada pelajar-pelajar eluruh negara kini boleh menyemak keputusan melalui SMS mulai pukul 10.00 pagi 22 Disember 2011.


Selamat berjaya kepada semua yang tengah berdebar dengan keputusan PMR2011 ini lusa.

BAUCAR BUKU RM200 UNTUK PELAJAR IPT

Untung pelajar-pelajar sekarang. Dah la masuk-masuk Diploma beribu-ribu duit PTPTN, sambung buat Degree dapat lagi beribu-ribu. Tapi bukan dapat, ni semua kena la bayar balik. Hahaha.


Yang ini tak kena bayar. Pembentangan Bajet 2012 oleh YAB Dato Seri Najib Tun Abd Rajak beberapa bulan yang lalu menyenaraikan peruntukan Baucer RM200 untuk pelajar-pelajar IPTA/IPTS dan juga Tingkatan 6. Kenapa RM200 jer. Haa ini bukan wang tunai tapi adalah baucar untuk pelajar-pelajar ini membeli buku-buku dibeberapa kedai-kedai atau toko-toko buku yang terpilih.

Alhamdulillah, ringan sikit beban pelajar-pelajar. Ye la buku memang la mahal. Zaman aku dulu nak beli contoh buku Ocsting seketul je dah lebih kurang RM90. Ada jugak yang lebih dari RM100. Nak belajar kena la beli, kalau photostat pulak dah melanggar akta percetakan, kan bahaya tu.


So kepada pelajar-pelajar senatero Malaysia, bersyukurlan dengan segala pemberian yang ada dan hargailah atas apa yang telah diberi. Mulai 1 Jan 2012 sehingga 31 Mac 2012 baucar ini boleh dituntut di institusi pengajian masing-masing.

Siapa yang BOLEH MENUNTUT BAUCAR RM200 ini.

1. Sah PELAJAR WARGANEGARA MALAYSIA
2. Menuntut di IPTA / IPTS dan juga tingkatan 6 dari jurusan Diploma sampailah PHD.
3. Pelajar tidak kira SEPENUH MASA ataupun SEPARUH MASA dan menuntut pada tahun 2012.

Aku baru je withdraw further study sebab komitmen kerja yang tinggi. Mungkin tahun hadapan aku boleh la tuntut baucar ini.


INFO TAMBAHAN DARI FACEBOOK DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN


Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:
1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.
4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.
5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;
7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.
8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

JOHOR BANJIR PULAK...

Selepas negeri pantai timur Kelantan, Terengganu dan Pahang dilanda banjir beberapa minggu yang lepas, kali ini negeri selatan Johor pula dinaiki air. Hujan lebat dan berterusan yang sedang melanda beberapa daerah utama di negeri Johor telah mengakibatkan paras air meningkat. Kini beberapa pusat banjir telahpun dibuka dan ianya dijangka akan terus meningkat.

Ni aku bagi link kalau-kalau korang nak check status terkini keadaan banjir di Malaysia.

PORTAL BANJIR KEBANGSAAN

Sebut soal banjir ni, teringat aku zaman-zaman sekolah rendah sekitar tahun 80'an. Fenomena banjir inilah telah menjadikan aku seorang yang reti berenang. Kelakar pun ada tapi betul la rasanya macam sekejap jerk masa berlalu dan hampir lebih kurang 25 tahun ianya berlalu. Waktu-waktu banjir kat kampung aku di Batu Pahat Johor ni la waktu untuk meyiapkan jentera rakit yang diperbuat daripada batang pisang ataupun buluh. Kiranya kitorang la yang menjalankan misi-misi menyelamat kepada mangsa-mangsa banjir ni.

Harap-harap banjir sekarang tak seteruk zaman-zaman aku dulu. Ye la zaman dah canggih parit-parit atau sungai-sungai pun dah lebar tak macam dulu. Kan sekarang zaman jalur lebar. Hehe...

SEKOLAH MASIH LAGI CUTI...

Salam,

Perrrgghhh lama gile aku tak update belog aku ini. Boleh terjejas misi mengejar beribu-ribu Nuffnang la kalau macam ni. Takpa-takpa, semangat perjuangan harmoni mesti aku teruskan. Aisey siap lirik XPDC lagi aku cilok sini.

Cuti sekolah masih lagi panjang tapi seperti biasa ler dekat hujung-hujung cuti sekolah nak habis ni kalau pergi pasar raya, pasar borong dan apa jua jenis pasar kecuali pasar ikan semua kategori pasar-pasar ni sedang aktif dengan jualan cuti sekolah. Aku pun tak terkecuali la nak berbelanja untuk anak-anak nak masuk sekolah tahun 2012 nanti. Terlebih dahulu ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia atas sumbangan RM100 untuk setiap anak yang bersekolah. Nampak jer jumlah tu kecil tapi sedikit sebanyak dapat lah membantu serba sedikit dalam membeli persiapan untuk anak-anak.

Tahun 2012 nanti, seorang lagi hero aku akan menjengah kealam persekolahan sebenar selepas sebelum ini bergelumang dalam kancah pendidikan persediaan atau tadika atau pra-sekolah. Tahun demi tahun cabaran sebagai seorang ketua keluarga atau BAPA akan bertambah. Bukan sahaja cabaran untuk menampung perbelanjaan isi rumah tapi cabaran untuk menjawab soalan-soalan cepumas dari seorang insan bertuah yang dipanggil ANAK.

Waktu dah bersekolah ini lah mereka akan terdedah kepada dunia luar yang semakin mencabar. Pengetahuan mereka semakin berkembang dan lagi banyak yang mereka ingin tahu apa yang wujud dalam DUNIA SEBENAR ini. Kalau salah dijawabnya akan memberi kesan kepada pembesaran pemikiran seorang kanak-kanak.

Ucapan tahniah juga kepada anak sulong aku yang berjaya menamatkan darjah 1 tahun 2011 ini dengan keputusan yang sangat membanggakan. Harap-harap prestasi ini dapat diteruskan dan mudah-mudahan impian aku melihat anak-anak aku lebih berjaya dari aku akan tercapai. AMIN...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...