Tuesday, December 20, 2011

BAUCAR BUKU RM200 UNTUK PELAJAR IPT

Untung pelajar-pelajar sekarang. Dah la masuk-masuk Diploma beribu-ribu duit PTPTN, sambung buat Degree dapat lagi beribu-ribu. Tapi bukan dapat, ni semua kena la bayar balik. Hahaha.


Yang ini tak kena bayar. Pembentangan Bajet 2012 oleh YAB Dato Seri Najib Tun Abd Rajak beberapa bulan yang lalu menyenaraikan peruntukan Baucer RM200 untuk pelajar-pelajar IPTA/IPTS dan juga Tingkatan 6. Kenapa RM200 jer. Haa ini bukan wang tunai tapi adalah baucar untuk pelajar-pelajar ini membeli buku-buku dibeberapa kedai-kedai atau toko-toko buku yang terpilih.

Alhamdulillah, ringan sikit beban pelajar-pelajar. Ye la buku memang la mahal. Zaman aku dulu nak beli contoh buku Ocsting seketul je dah lebih kurang RM90. Ada jugak yang lebih dari RM100. Nak belajar kena la beli, kalau photostat pulak dah melanggar akta percetakan, kan bahaya tu.


So kepada pelajar-pelajar senatero Malaysia, bersyukurlan dengan segala pemberian yang ada dan hargailah atas apa yang telah diberi. Mulai 1 Jan 2012 sehingga 31 Mac 2012 baucar ini boleh dituntut di institusi pengajian masing-masing.

Siapa yang BOLEH MENUNTUT BAUCAR RM200 ini.

1. Sah PELAJAR WARGANEGARA MALAYSIA
2. Menuntut di IPTA / IPTS dan juga tingkatan 6 dari jurusan Diploma sampailah PHD.
3. Pelajar tidak kira SEPENUH MASA ataupun SEPARUH MASA dan menuntut pada tahun 2012.

Aku baru je withdraw further study sebab komitmen kerja yang tinggi. Mungkin tahun hadapan aku boleh la tuntut baucar ini.


INFO TAMBAHAN DARI FACEBOOK DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN


Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:
1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.
4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.
5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;
7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.
8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...