Friday, July 20, 2012

SENARAI BUFFET RAMADHAN 2012 | PART 1

Alhamdulillah. Esok 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433, umat Islam di Malaysia khususnya akan bersama-sama menyambut Ramadhan al-Mubarak. Hampir setahun ianya berlalu dan kini ianya datang lagi. Ini lah peluang terbaik bagi kita yang beragama Islam untuk melaksanakan rukun Islam yang ketiga ini dengan jayanya dan dapat mendekatkan diri dengan Allah.

Kalau sebut Ramadhan, mesti tak boleh lari dari Buffet Ramadhan. Sekarang ni dah jadi macam trend hotel-hotel dan restoran-restoran berlumba-lumba merebut peluang menyediakan juadah Buffet Ramadhan mereka yang hebat-hebat. Dari yang murah sampai la harga yang tak hengat dunia. Sebagai pengguna, bijaklah untuk memilih dan elakkan pembaziran samada makanan mahupun wang ringgit.

Jom aku nak kongsi senarai panjang Buffet Ramadhan 2012.

1. Quality Hotel, Shah Alam

RM68++ dewasa
RM38++ kanak-kanak dan warga emas

Tempahan : 03-55103696/8316/8321/8315

2. Westin Hotel, KL

RM108++ dewasa
RM54++ kanak-kanak

Tempahan : 03-22738338

3. Empire Hotel, Subang Jaya

RM86++ dewasa
RM50++ kanak-kanak

Tempahan : 03-55651388

4. Deja Vu Restaurant

RM35++ setiap orang

Tempahan : 03-42532101

5. Grand Seasons Hotel, KL

RM78++ setiap orang

Tempahan : 03-26978888 / 8819 / 8801

6. Restoran Istana Bambu

RM55 net dewasa
RM27.50 kanak-kanak

Tempahan : 03-42514717 / 010-2540131

7. Hotel UiTM, Shah Alam

RM45 net dewasa
RM19 nett kanak-kanak

Tempahan : 03-55192069 / 75 / 76 / 78

8. Restoran Puteri, Sungai Penchala

RM50 nett dewasa
RM25 nett kanak-kanak

Tempahan : 03-77284886

9. Hotel Istana, KL

RM115++ setiap orang

Tempahan : 03-21419988 ext 3667

10. Bora Ombak, Ampang

RM50nett setiap orang

Tempahan : 03-42516303, Khairil 016-2042671, Anura 016-6089806

Cukup ker aku bagi 10 list. Tak cukup, tunguuuuuuuuuuuuuuu





Monday, July 2, 2012

SEPANYOL RAJA EROPAH

Pagi tadi membuktikan sekali lagi Sepanyol merupakan raja bola sepak Eropah ketika ini. Selepas menjuarai Euro 2008, Piala Dunia 2010, kini Sepanyol menambahkan detil gemilang bola sepak mereka dengan kejuaraan Eropah 2012.


Kemenangan 4-0 pada aksi akhir menewaskan Itali adalah sesuatu yang menakjubkan. Gol-gol Sepanyol dijaringkan oleh Cesc Fabregas, Jordi Alba, Fernando Torres and Juan Mata.

1 gol pada perlawanan akhir cukup menghadiahkan Fernando Torress selaku pemenang kasut emas Euro 2012 manakala Andres Iniesta memenangi gelaran pemain terbaik perlawanan akhir.

Tahniah Sepanyol...VIVA LA ROJAAAAA....

Friday, June 22, 2012

KEPUTUSAN PERLAWANAN EURO2012 | REP CZECH vs PORTUGAL

Selamat pagi semua...haaaa dah tau dah result...prediction aku tersasar walaupun aku predict Portugal menang itu betul.

Tandukan Ronaldo pada minit ke 79.


Cristiano Ronaldo meneruskan rentak jaringan dengan menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke 79 awal pagi tadi di National Stadium Warsaw, Poland hasil umpanan lintang Joao Mautinho. Dah 3 biji dia score sekarang. Boleh la dia mencelah untuk top scorer EURO2012.

Siapa yang akan bertemu Portugal di separuh akhir nanti. Sepanyol atau Perancis.

Thursday, June 21, 2012

KEPUTUSAN PERLAWANAN SUKU AKHIR | REP CZECH vs PORTUGAL

Rep Czech lwn Portugal
22 Jun 2012 (Jumaat), 2.45 pagi
Siaran Langsung di Astro Arena 801 & Astro SuperSport 825.

Pusingan kalah mati bermula awal pagi esok. Perlawanan pertama pasukan Rep Czech akan menentang Portugal. Atas kertas Portugal memiliki laluan mudah tetapi semudah mana perlawanan tersebut mari kita nantikan.

Andaian aku
Rep Czech 1 - Portugal 3
 

Wednesday, June 20, 2012

NUFFNANG PINDAH OFFICE

Lerrrr, kemana ler pulak tu..........

Ala pindah building yang sama jerk pun...cuma lain tingkat jerk...pasni kalau sesiapa dapat jemputan atau kutip apa-apa hadiah atau apa-apa je la, boleh la datang ke pejabat Nuffnang di

12A-1, Heritage House,
33 Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur,
Malaysia.


Ni google map nye..

KALAU PETER SPIDERMAN | AKU PULA MEOWMAN

Macam siot jer bunyi MEOWMAN ni. Ahhh peduli apa aku. Asal ada superpower nama bukan ukuran. Janji power. Gila cooollllll!!!.

Kenapa aku pilih MEOWMAN. Kalau dah meowwwwwwww tu mestila bunyi kucing. Eh aa jadahnya aku cerita pasal binatang dan superpower ni. Ala Peter Parker pun boleh jadi SPIDERMAN, takan aku tak boleh jadi MEOWMAN.

Berbalik semula kenapa MEOWMAN atau kucing menjadi pilihan aku.

1. Meowwww..meowww...manja kan bunyi dia. Tapi manja ni kena jaga-jaga sikit. Silap haribulan kena cakar la korang...

2. Kucing ni lompat pun power jugak. Dah ler boleh melompat, siap dia boleh menyelit-meyelit lagi tu. Kucing ni lasak dan aktif, sampai dalam tidur pun dia masih lagi peka dengan suasana sekitar. Hebatkan..
Wacaaaaaaaaaa....


3. Muka comel tapi garang beb kucing ni. Cuba tengok dia tengah makan, comel jerk tapi kalau ada yang kacau makanan dia terus berubah jadi garang gile. Cooollll laaa..
Makan berhemah baru tak gaduh

4. Kuku dia baik punya simpan. Tak payah potong-potong. Siapa pernah kena cakar dengan kucing dia tahu la betapa tajamnya kuku kucing ni tau...
Sringgggggggg!!!!! Ada brannn...

Rasanya cukup la tu dengan kepoweran yang ada pada MEOWMAN sebab semakin dewasa MEOWMAN, semakin ganas la MEOWMAN kang.

EURO2012 | SAINGAN SUKU AKHIR KINI BERMULA

Kejap je dah masuk pusingan suku akhir atau kalah mati EURO2012 kali ni. Kita tengok siapa bertemu siapa dan siapa pula akan berentap di pusingan separuh akhir nanti.


Jadual perlawanana suku akhir EURO2012

Rep Czech lwn Portugal
22 Jun 2012 (Jumaat), 2.45 pagi
Siaran Langsung di Astro Arena 801 & Astro SuperSport 825

Jerman lwn Greece
23 Jun 2012 (Sabtu), 2.45 pagi
Siaran Langsung di Astro Arena 801, Astro SuperSport 825 & TV3

Sepanyol lwn Perancis
24 Jun 2012 (Ahad), 2.45 pagi
Siaran Langsung di Astro Arena 801, Astro SuperSport 825 & TV3

England lwn Itali
25 Jun 2012 (Isnin), 2.45 pagi
Siaran Langsung di Astro Arena 801 & Astro SuperSport 825

Nestle 100 Tahun

Wallaweiii...

Salam semua. Lama gila aku tak update blog aku ni. Bersawang dah. Nampak gaya kena la kemas-kemas sikit. Kalau bersawang kang susah pulak NUFFY ni nak duduk.

Ok la. Entri kalai ini aku nak share pasal Nestle. Gila la dah 100 tahun. Dari zaman tok nenek aku Nestle ni dah bertapak kat Malaysia ni. Memang lama dan sehingga kini legasi dia berterusan. Serbu la semua rumah memang pasti ada produk Nestle dalam rumah tu.

Aku bukan nak cerita pasal Nestle tapi aku nak kongsi Peraduan Nestle 100 Years disini Nestle100Years. So kalau anda nak menang hadiah sambil kongsi kenangan anda bersama Nestle.Jom...

Monday, March 19, 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2011


Salam,

Lama gila aku meninggalkan jejak aku di blog aku ni. Kesibukan memaksa aku untuk berehat sebentar. Ni apa nak cerita post kali ini. Haaaa, sekolah kebanyakan baru dibuka hari ini selepas cuti penggal pertama selama seminggu. Ni aku nak kongsi sikit mengenai keputusan SPM 2011 yang bakal keluar pada minggu ini 21 Mac 2012. Tak sampai pun 3 hari lagi debaran anak-anak muda ini akan terungkai.

Calon-calon SPM 2011 ini boleh mula mengambil keputusan atau menyemak secara SMS mulai jam 10.00 pagi 21 Mac 2012.



SPM 1994 hampir 20 tahun dah rupanya aku tinggalkan alam persekolahan. Dan kepada semua calon-calon SPM2011, diharap keputusan kali ini bisa merubah masa depan anda. Aku doakan semua berjaya.

Pemberitahuan mengenai keputusan SPM 2011 ini melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia berikut LAMAN RASMI KPM

Wednesday, February 22, 2012

DATUK LEE CHONG WEI | KINI BERSAMA FERRARI F430

Hebat memang hebat. Dengan segala titik peluah diatas gelanggang, beliau kini mampu tersenyum dengan segala kemewahan yang dikecapinya sekarang. Selaku pemain No.1 dunia, apa saja kini mampu dikecapi pemain badminton kebanggaan kita Datuk Lee Chong Wei.

Dulu dengan Nissan GTR, BMW Coupe, kini lebih sejak dengan Ferrari F430 yang pasti lebih laju dan pantas,. Harap aksi beliau akan sepantas Ferrari putih miliknya kini.







Monday, February 20, 2012

KWSP BAYAR DIVIDEN 6% 2011 | TERIMA KASIH

Alhamdulillah, KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) mengumumkan dividen yg tertinggi sejak 10 tahun iaitu sebanyak 6% berbanding 5.8% pada tahun 2010 dan 5.65% pada 2009. Harap-harap untuk tahun-tahun akan datang dividen ni biarlah meningkat, jangan pulak ada penurunan. Sekurang-kurangnya kita sebagai penyimpan dapat juga laba dari hasil yang dikutip dari KWSP ini pada setiap tahun.


sumber dari bharian.com.my
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DividenKWSP2011enamperatus/Article


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam mengumumkan kadar dividen enam peratus untuk 8.3 juta pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir 2011, iaitu tertinggi dalam tempoh 10 tahun.
KWSP membayar dividen 5.8 peratus pada 2010 dan 5.65 peratus pada 2009.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman, berkata dividen lebih tinggi dibayar berikutan pencapaian lebih baik KWSP pada 2011 dengan memperoleh pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion, meningkat 13.18 peratus daripada 2010.
Beliau berkata, bayaran keseluruhan dividen bagi 2011 adalah sebanyak RM24.27 bilion berbanding RM21.61 bilion pada 2010, iaitu peningkatan 13.23 peratus.
Katanya, 2011 menandakan pencapaian baik bagi KWSP, walaupun dalam persekitaran pelaburan yang sangat mencabar.
“Sementara pelaburan berpendapatan tetap memberikan pulangan yang stabil, prestasi keseluruhan KWSP, sebahagian besarnya disumbangkan oleh perolehan dalam kedua-dua ekuiti tersenarai awam domestik dan global, serta program pengurusan yang aktif.
“Ia adalah prestasi terbaik sejak 2001, hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP serta dengan usaha berterusan pasukan pelaburan KWSP,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Berdasarkan laporan sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah diumumkan oleh kumpulan itu ialah sebanyak 8.5 peratus yang dibayar kepada pencarum pada 1983 sehingga 1987......

Thursday, February 16, 2012

PRU13 | PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL

13 Feb 2012, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mewartakan pengunnan dakwat kekal pada pilihanraya umum mulai pilihanraya umum yang akan datang PRU13 yang dijangkakan pada tahun ini.  Kekal ker tak kekal ker kalau nak menang atau kalah, ada kene mengena ker semua ni...so marilah mengundi, tapi sebelum mengundi, sudahkan anda mendaftar.


dari Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 16 Feb. - Penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum berkuat kuasa hari ini setelah diwartakan pada 13 Feb lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Beliau berkata, SPR kini membuat perancangan untuk menggunakan dakwat kekal itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), bagaimanapun masih belum membuat pesanan untuk membelinya kerana dakwat ini hanya boleh digunakan dalam tempoh tiga bulan sahaja.
"Dakwat ini tidak boleh dipesan awal kerana boleh tahan tiga bulan, dan kekalnya akan hilang. Oleh itu SPR belum ‘order’ lagi,” katanya semasa diwawancara oleh hos Suhaimi Mohammad dalam program “Dialog” yang bertajuk “Daftar dan Undi" yang disiarkan secara langsung oleh RTM1 di sini malam semalam.
"Untuk ‘order’ (dakwat kekal) tidak lama, dua minggu sahaja. Maknanya dari segi persediaan kita dari segi kotak, botol, penutup botol, sudah dalam proses,” kata Abdul Aziz.
Beliau berkata, dakwat itu akan dipesan sebaik pembubaran Parlimen diumumkan. 

ROBERT KUOK MASIH UNGGULI CARTA ORANG PALING KAYA DI MALAYSIA

Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang Malaysia paling kaya, dengan aset bernilai RM45.7 bilion, walaupun kekayaannya susut 8.0 peratus, diikuti T Ananda Krishnan dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank.

Robert Kuok

Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala usahawan bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, di tempat kelima, demikian menurut laporan Malaysian Business mengenai 40 rakyat Malaysia paling kaya.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion. Malaysian Business berkata aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu adalah berasaskan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian sehingga 20 Januari 2012.

Individu lain yang termasuk didalam senarai 20 terkaya di Malaysia adalah seperti Datuk Lee Yeow Chor and Lee Yeow Seng of IOI Group, Datuk Seri Lee Oi Hian and Datuk Lee Hau Hian of Batu Kawan, Tan Sri Yeoh Tiong Lay of YTL Group, Tan Sri Lau Cho Kun of Hap Seng Consolidated, Datuk Mokhzani Mahathir of Kencana Petroleum and Tan Sri Jeffrey Cheah of Sunway Group.

Wednesday, February 1, 2012

Juara Lagu 26 - Awan Nano

Salam,

Lama gile nampaknya blog aku ni kesunyian. Mana tak sunyi kalau nak update post pun malas kan. Visitor pun sejuk je nak masuk. Tapi bukan sindrom kemalasan yang melanda tapi dek kerana rutin kerja yang agak membantutkan usaha-usaha untuk memenaskan lembaran blog aku ini.

Entri hari ini aku nak story pasal Juara Lagu 26. Ala baru jerk 3  hari berlalu. Soh seh pasal kemenangan Awan Nano pun masih lagi ligat di naskhah-naskhah hiburan tempatan. Aku rasa ramai pun tak sangka mamat rambut afro ni boleh perform masa final sampai boleh jadi juara yang ke26.

Aku masih lagi ingat masa mula-mula aku dengar lagu ni macam best juga. Sampai pernah aku cakap ngan binik aku yg lagu calon final Juara Lagu ni. Begitu juga lagu-lagu macam Sedetik Lebih, 3 Suara, Karma dan Kisah Hati. Lirik nukilan Budi Hikayat ni memang puitis ditambah dengan sentuhan lagu dari Sifu M Nasir sendiri.

Tapi malam final tu penampilan Hafiz yang aku rasa kos tak sampai pun RM100, cuma berbekalkan kehebatan suara dia yang mantap gile malam tu sudah cukup untuk menobatkan lagu ini sebagai Juara Lagu yang baru. Hafiz juga berjaya mempertahankan Juara Vokal dia tu. Aku tak nafikan memang hebat persaingan FInal Juara Lagu 26 kali ini.

Tapi lagu Anuar Zain Sedetik Lebih yang dinyanyikan oleh Jac terus kempunan untuk membolot sebarang anugerah. Rasanya Anuar Zain ni ada badi Juara Lagu. Berapa kali masuk as favourite tapi masih tak menang-menang jugak. Aksi memukau Aliyah dengan lagu Kisah Hati serta penampilan istimewa hero kegemaran wife aku Remy Ishak menobatkan beliau dengan persembahan terbaik pada malam itu.

Apa pun tahnia la pada semua finalis. Tahun depan sapa pulak ek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...