Wednesday, February 1, 2012

Juara Lagu 26 - Awan Nano

Salam,

Lama gile nampaknya blog aku ni kesunyian. Mana tak sunyi kalau nak update post pun malas kan. Visitor pun sejuk je nak masuk. Tapi bukan sindrom kemalasan yang melanda tapi dek kerana rutin kerja yang agak membantutkan usaha-usaha untuk memenaskan lembaran blog aku ini.

Entri hari ini aku nak story pasal Juara Lagu 26. Ala baru jerk 3  hari berlalu. Soh seh pasal kemenangan Awan Nano pun masih lagi ligat di naskhah-naskhah hiburan tempatan. Aku rasa ramai pun tak sangka mamat rambut afro ni boleh perform masa final sampai boleh jadi juara yang ke26.

Aku masih lagi ingat masa mula-mula aku dengar lagu ni macam best juga. Sampai pernah aku cakap ngan binik aku yg lagu calon final Juara Lagu ni. Begitu juga lagu-lagu macam Sedetik Lebih, 3 Suara, Karma dan Kisah Hati. Lirik nukilan Budi Hikayat ni memang puitis ditambah dengan sentuhan lagu dari Sifu M Nasir sendiri.

Tapi malam final tu penampilan Hafiz yang aku rasa kos tak sampai pun RM100, cuma berbekalkan kehebatan suara dia yang mantap gile malam tu sudah cukup untuk menobatkan lagu ini sebagai Juara Lagu yang baru. Hafiz juga berjaya mempertahankan Juara Vokal dia tu. Aku tak nafikan memang hebat persaingan FInal Juara Lagu 26 kali ini.

Tapi lagu Anuar Zain Sedetik Lebih yang dinyanyikan oleh Jac terus kempunan untuk membolot sebarang anugerah. Rasanya Anuar Zain ni ada badi Juara Lagu. Berapa kali masuk as favourite tapi masih tak menang-menang jugak. Aksi memukau Aliyah dengan lagu Kisah Hati serta penampilan istimewa hero kegemaran wife aku Remy Ishak menobatkan beliau dengan persembahan terbaik pada malam itu.

Apa pun tahnia la pada semua finalis. Tahun depan sapa pulak ek.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...