Monday, February 20, 2012

KWSP BAYAR DIVIDEN 6% 2011 | TERIMA KASIH

Alhamdulillah, KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) mengumumkan dividen yg tertinggi sejak 10 tahun iaitu sebanyak 6% berbanding 5.8% pada tahun 2010 dan 5.65% pada 2009. Harap-harap untuk tahun-tahun akan datang dividen ni biarlah meningkat, jangan pulak ada penurunan. Sekurang-kurangnya kita sebagai penyimpan dapat juga laba dari hasil yang dikutip dari KWSP ini pada setiap tahun.


sumber dari bharian.com.my
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DividenKWSP2011enamperatus/Article


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam mengumumkan kadar dividen enam peratus untuk 8.3 juta pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir 2011, iaitu tertinggi dalam tempoh 10 tahun.
KWSP membayar dividen 5.8 peratus pada 2010 dan 5.65 peratus pada 2009.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman, berkata dividen lebih tinggi dibayar berikutan pencapaian lebih baik KWSP pada 2011 dengan memperoleh pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion, meningkat 13.18 peratus daripada 2010.
Beliau berkata, bayaran keseluruhan dividen bagi 2011 adalah sebanyak RM24.27 bilion berbanding RM21.61 bilion pada 2010, iaitu peningkatan 13.23 peratus.
Katanya, 2011 menandakan pencapaian baik bagi KWSP, walaupun dalam persekitaran pelaburan yang sangat mencabar.
“Sementara pelaburan berpendapatan tetap memberikan pulangan yang stabil, prestasi keseluruhan KWSP, sebahagian besarnya disumbangkan oleh perolehan dalam kedua-dua ekuiti tersenarai awam domestik dan global, serta program pengurusan yang aktif.
“Ia adalah prestasi terbaik sejak 2001, hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP serta dengan usaha berterusan pasukan pelaburan KWSP,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Berdasarkan laporan sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah diumumkan oleh kumpulan itu ialah sebanyak 8.5 peratus yang dibayar kepada pencarum pada 1983 sehingga 1987......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...