Thursday, November 24, 2011

LAGU TERBAIK AIM18 JATUH KEPADA...

sampaikan lagu-lagu favourite seperti Sedetik Lebih (Anuar Zain) kecundang. Dengan berbaju merah dan hitam serta penuh kebanggan dia berucap malam tu sambil pegang trogi.


Tapi ini merupakan skrip awal pada malam AIM18. Tapi semalam lain pulak jalan ceritanya. Juri boleh la pulak silap kira. Apa punya juri la ni. Kemenangan Yuna malam tersebut telah ditarik balik. Kesian betul dengan Yuna ni. Tapi dengar-dengar cerita graduan Undang-undang UiTM ni tak mau panjang cerita sampai nak ambil tindakan undang-undang dan beliau redha dengan apa yang terjadi.

So meh aku lak nak bagi sedas kat AIM & RIM ni. Apa punya bangang la sampai kes juri boleh salah kira. Tak ambil Matematik ker diorang ni. Zaman dah canggih pun boleh salah kira. Yang aku hairan kenapa sekarang ni event-event macam ni dah tak pakai juru audit bertauliah. Tak silap aku zaman-zaman dulu Juara Lagu tahun 80an dan 90an bila umum jer siap cakap keputusan selepas diaudit oleh juruaudit bertauliah (etc Pricewaterhouse, Earnst & Young dan macam-macam lagi) bagi megelakkan segala keraguan berbangkit. Ker zaman makin maju semua kena berubah.

Kes macam ni sepatutnya tak bolehlah berlaku. Pada aku kalau dah salah kira sekalipun biarlah Yuna tu simpan trofi tu dan kesilapan yang jadi tu dijadikan panduan supaya ianya tidak berulang dikemudian hari.

Kepada RIM, keputusan lain dah counter check belum mana tahu ada silap lagi.

P/S: Khabarnya Sedetik Lebih yang menang dalam kiraan undi semula...wahahahaha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...