Wednesday, November 23, 2011

HUJAN YANG TURUN....

Salam.

Sekarang ni musim hujan kan. Aku hari-hari pergi kerja balik kerja lain tak bukan dengan jasa Honda Wave 0.1 aku tu je la. Hujan ker tak hujan tetap kuredah jua demi mencari rezeki untuk aku sekeluarga. Bukan tak mau naik kereta tapi sendiri mau ingat la duduk kota metropolitan Lembah Kelang ni semua benda kena ambil kira. Bukan setakat wang ringgit tetapi masa itu juga penting kan masa itu emas. Kalau dah emas tu confirm la mahal harganya. Dah la harga emas sekarang tinggi gila. Rugi rasanya aku tak kelung binik aku ngan emas banyak-banyak dulu kalau tak boleh lebur sikit-sikit time sesak-sesak.


Eh lari topik ni. Hujan. Kekadang memang kesian kalau tengok penunggang-penunggang motorsikal macam aku ni disekitar Kuala Lumpur ni lagi-lagi waktu hujan. Kalau yang kes meredah tu satu hal la dengan struktur jalan yang kadang-kadang air bertakung. Dalam syok-syok tengah merempit redah lak air bertakung, perrrghhh bergoyang-goyang motor, kalau terrer macam aku ni alhamdulillah la nasib baik tak tersungkur. Ni dengan geng-geng yang suka berteduh ni. Ni la kerajaan kena la prihatin sikit dalam bab-bab ni. Aku selaku rakyat, pembayar cukai serta pengguna jalan raya yang bayar road tax teringin jugak nak dapat kawasan berteduh yang best-best. Ni tak duk bawah jambatan jerk.Kalau dah pack kang jadik la macam ni haaa...

Malang tu mana ada bau...

So renung-renungkan laaa...aku malas nak cakap lagi. Kepada penunggang-penunggang motorsikal seluruh Malaysia berhati-hatilah dijalan raya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...