Thursday, November 24, 2011

SEKSYEN 15 AUKU AKAN DIPINDA

Tengah takde kerja ni aku gi le baca headline Berita Harian sekang ni. Datuk Seri Najib nak pinda Akta 15 AUKU.

Haaaa...apa Akta 15 AUKU ni. Meh kalau aku boleh kongsi sikit-sikit pasal Akta AUKU ni ker. AUKU ni maknanya Akta Universiti & Kolej Universiti yang digubal oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1971. Akta ni adalah dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang mana segala apa yang mengenai penubuhan ker pentadbiran ker kena la rujuk kat Akta ni.


Apa yang menarik tentang Akta ni adalah salah satunya menghalang pelajar-pelajar bagi melibatkan diri dalam hal-hal politik Malaysia. Kan ke bagus tu. Dah nama pun pelajar apa kejadahnya nak sibuk-sibuk main politik-politik ni. Belajar pun ditanggung lagi mau main politik. Cukup-cukup ler politik kat Ahli Majlis atau Jawatankuasa Universiti sudah laaa. Kang tak pasal-pasal Ijazah kemana politik kemana.

Apa agenda Datuk Seri Najib sebenarnya yang mana menurut beliau di persidangan Dewan Rakyat pagi tadi (24.11.2011) yang mana beliau akan mengusulkan supaya pelajar-pelajar akan diberikan hak untuk bermain politik asalkan berumur 21 tahun keatas. Pada aku.....orang tua ni dah nyanyuk apa. Aku tahu ramai yang lagi suka kalau Akta ini dipinda dan bolehlah pelajar-pelajar ini bebas diluar sana untuk beraksi dipentas politik.

Dari aku, selamat maju jaya untuk semua pelajar-pelajar sekelian. Belajar dahulu baru berpolitik. Tak gitu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...